Thursday 18 August 2011

Air Terjun SETAN?


Aneh tapi benar : Di Zimbabwe, Afrika, ada kolam renang yg lokasinya berada pada ketinggian 128 meter. Hanya orang-orang yg berani saja sanggup bernang ke dalamnya. Orang menyebutnya "Kolam Renang Setan".






Lokasi tempat ini adalah di air terjun Victoria, Zimbabwe, Afrika. Ketinggian air terjunnya mencapai 128 meter. Masyarakat sekitarnya dari dulu biasa menyebutnya sebagai "kolam renang setan".

Selama bulan September dan Desember, masyarakat dapat berenang di dalamnya sampai mendekati ke bibir air terjun. Tentu saja tidak usah terjun ke bawah!

Air terjun ini cepat  menjadi sangat terkenal di kalangan "pelancung berani mati". Banyak orang yg kadang-kadang mencari pengalaman penuh cabaran seperti ini. Anda berani ?

Monday 15 August 2011

Siapa sanggup minum air mayat?

Contoh kain kafan yang diminta individu tidak dikenalinya.

KUALA TERENGGANU: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.

Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.

“Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.

“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.

“Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.

Thursday 11 August 2011

Masjid paling cantik di Negeri Sembilan..


Ini adalah Majid Cina yang pertama di negara kita.. Selain dari Masjid.., ia juga beroperasi sebagai Pusat Saudara Baru dan Pusat Kegiatan yang memberi peluang kepada kumpulan sasar iaitu masyarakat Cina Muslim untuk mendalami ilmu-ilmu agama Islam serta pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

Pembinaan yang melibatkan kos sebanyak 7.8 juta ringgit, bangunan ini terletak di tapak seluas 1.78 ekar di Jalan Mufti Ahmad, Rahang Square, Seremban.

Ia turut lengkap dengan laman dan menara pagoda serta pelbagai kemudahan antaranya Dewan Serbaguna, Dewan Solat Utama, Ruang Pejabat, Bilik Imam, Perpustakaan serta Bilik Mesyuarat.

Jom kita tengok keindahan Masjid Cina ni...






Wednesday 10 August 2011

SAH Sembahyang dengan pewangi beralkohol..


Selama ni kita ingat bahawa alkohol yang digunakan dalam pewangi adalah sama dengan alkohol yang digunakan didalam arak.. Rupanya salah tuu...

Alkohol industri adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat didalam arak.. Jadi kalau dah berbeza, apakah SAH sembahyang jika kita memakai wangian yang ada alkohol..

Jom kita baca apa kata JAKIM...



Berikut adalah beberapa kemusykilan yang telah dijawab oleh panel penasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kod Rujukan Soalan 0h5ne
Soalan :
penggunaan minyak wangi beralkohol di dalam solat atau majlis majlis ilmu bagi lelaki. soalan nya adakah kita boleh menggunakannya atau tidak sebab banyak yang saya dengar mengatakan tidak boleh. tetapi saya ada membaca bahawa ianya tidak membtalkan solat, jadi apa hukum sebenar untuk kita memakai minyak wangi yang beralkohol. adakah boleh atau tidak langsung jika ingin dipakai ketika solat?

Jawapan :
Hukum memakai minyak wangi beralkohol ketika solat adalah harus. Kandungan alkohol yang terkandung di dalamnya adalah jenis alkohol industri dan bukannya alkohol yang terdapat dalam makanan.

Kod Rujukan Soalan g0wzt
Soalan :
salam ustaz..boleh ke pakai minyak wangi yang beralkohol dan kemudiannnya solat?sebab ada ustzh y ckp blh..

Jawapan :
Assalamualaikum..solat mereka yang memakai minyak wangi beralkohol adalah sah. Ini kerana alkohol yang terkandung di dalam perfume adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak. Ringkasnya alkohol yang terkandung di dalam perfume tidak dihukumkan najis.

Kod Rujukan Soalan 0fby1
Soalan :
Salam, Apakah hukumnya minyak wangi beralkohol digunakan dalam solat(ibadat).Adakah ianya najis?

Jawapan :
Waalaikumussalam Wrt. Wbt
Minyak wangi beralkohol harus digunakan dalam solat. Hal ini kerana alkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis.

Kod Rujukan Soalan u3wk4
Soalan :
1.apakah hukum jika memakai minyak wangi beralkohol ketika melakukan ibadat..

Jawapan :
Assalamualaikum wrt., Minyak wangi yang mengandungi alkohol boleh/harus dipakai dan boleh dibawa untuk melakukan ibadat.. Alkohol yang terkandung di dalam minyak wangi adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak.

Kod Rujukan Soalan xg4ad
Soalan :
Assalamualaikum wbt. Saya ingin mendapatkan kepastian pengunaan minyak wangi beralkohol ketika menunaikan Solat. Terima Kasih.

Jawapan :
waalaikumussalam...hukum solat adalah sah. Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan harus/boleh menggunakan minyak wangi beralkohol.


Sumber : http://islamgrid.gov.my/about.php
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Tel : 603-88864000 samb. 4275/4282
Alamat Email: islamgrid@islam.gov.my

Safee Sali bakal bermain di Bundesliga Jerman..


Selepas menjadi pemain negara pertama beraksi di Liga Super Indonesia (ISL), penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali terus mengukir sejarah tersendiri selepas dikhabarkan menjadi buruan kelab Bundesliga.

Penyerang berbisa Pelita Jaya itu mendedahkan perkara tersebut selepas memaklumkan ada kelab liga Jerman sedia membuat tawaran untuk mendapatkan khidmatnya.

Meskipun begitu, tawaran dibuat masih lagi diperingkat awal dan Safee enggan mengulas lebih lanjut:"Tawaran ini datang tepat pada masanya. Mungkin ini adalah betul-betul tawaran yang mahukan khidmat saya.

"Tawaran ini mungkin datang selepas saya menyertai skuad Malaysia menentang Singapura. Saya terkejut dengan panggilan ini, walaupun belum mendapat tawaran rasmi," kata Safee.

Safee turut menambah ia mungkin wujud selepas beliau berjaya membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF dan menyumbat tiga gol penting ketika perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 baru-baru ini.

Namun segala-galanya terletak pada pengesahan rasmi dari kelab Jerman dan kini masih belum mengetahui kelab mana yang bakal disertainya.

"Saya hanya mendapat khabar dari sana tetapi saya belum mendapat pengesahan jelas. Jadi saya tidak boleh komen terlalu banyak," katanya. -D5 Sports


p/s: Tahniah Papa ucapkan pada Safee.. Harap Safee akan terus maju didalam kerjaya tanpa sebarang kontroversi... =)