Thursday 11 August 2011

Masjid paling cantik di Negeri Sembilan..


Ini adalah Majid Cina yang pertama di negara kita.. Selain dari Masjid.., ia juga beroperasi sebagai Pusat Saudara Baru dan Pusat Kegiatan yang memberi peluang kepada kumpulan sasar iaitu masyarakat Cina Muslim untuk mendalami ilmu-ilmu agama Islam serta pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

Pembinaan yang melibatkan kos sebanyak 7.8 juta ringgit, bangunan ini terletak di tapak seluas 1.78 ekar di Jalan Mufti Ahmad, Rahang Square, Seremban.

Ia turut lengkap dengan laman dan menara pagoda serta pelbagai kemudahan antaranya Dewan Serbaguna, Dewan Solat Utama, Ruang Pejabat, Bilik Imam, Perpustakaan serta Bilik Mesyuarat.

Jom kita tengok keindahan Masjid Cina ni...