Monday 20 June 2011

Pengalaman SERAM di PUTRAJAYA...



Korang pernah ada pengalaman yang menyeramkan tak? Kalau yang tak ada tu untung lahh.. Sebabnya, memang sesak nafas kalau dilanda perasaan seram melampau ni..

Papa nak kongsikan satu cerita yang paling seram kat korang semua.. Cerita ni Papa dapat di satu ruang portal.. Tak taulah cerita seram ni boleh buat korang rasa relaks atau tak.., tapi bagi Papa, ia memang berbaloi untuk dikongsikan...

So.., layan je lah yee... Hehehehe....



Kali ini aku nak cerita sedikit pengalaman yang betol-betol berlaku kepada aku minggu lepas…cerita ni berlaku di tempat parking kereta presint 11 putrajaya…latar masa pukol 3-4 pagi..pengalaman ni bagi aku cukup menakutkan…belum pernah aku merasa perasaan takut sebegitu..

ok cerita nya bermula pada malam jumaat…pada malam tu aku lepak la dengan member-member aku kat presint 20 kat kedai makan yang dikelilingi tasik…

dalam pukol 3 pagi kami selesai lepak dan masing-masing dah nak pulang memandangkan esok kami semua kerja…aku malam tu drive kereta housemate aku…malam tu lepas aku hantar member aku sorang kat presint 9 jadi terpaksa la aku drive seorang diri pulang ke presint 11…

dalam perjalan pulang aku rasa lain macam jer..seram pun ada…tambahan pulak jalan kat putrajaya ni kalau lepas dari pukol 12 malam memang sunyi..masa tu berderau bulu roma aku….selang 30 saat aku tgk ke belakang kot-kot la ada yang tersilap naik kereta aku….mana tau ada yang nak tumpang ker….

tapi nasib baik x der apa….dalam keaadaan yang kelam kabut tu aku cuba tenang kan diri dengan on kan ayat quran dalam keta tu…nak hilangkan rasa takut kan…

sungguh lama aku rasa perjalanan kali ini…rasa memang dah pecut dah traik light x yah cakap ar semua bagi aku hijau malam tu..takut punya pasal kan…

sampai kat trafik light yang memang sunyi aku terpaksa la berhenti disebabkan ada sebuah keta yg lalu jalan tu…dalam hati nasib baik ada jugak keta yang lalu jalan ni…

lepas keta tu lalu aku lepaskan hand break then tekan minyak..tiba-tiba entah kenapa keta tu macam tak gerak jer…demm la time tu jugak keta nak buat hal…tiba-tiba boleh pulak enjin keta tu mati..dah la jalan sunyi..haram tol la…habis semua ayat quran dlam kepala aku baca dan…time tu seram giler, aku nak tgk belakang pun tak sanggup….kan aku pandang kan kot-kot ternampak awek berbaju putih la pulak kan..

masa tu semua cerita seram yg aku dengar dan yg aku tgk tak kira la dalam drama ke dalam filem ker….semua datang serentak….semua terbayang dalam pikiran aku…dekat 10 minit gak la keta aku x hidup..kalau di ikutkan hati mau jer aku berlari tinggalkan keta tu..lagi pun dah dekat sangat dah dengan rumah aku..

tapi masa tu aku try cool..baca ayat kursi dan terus hidupkan enjin..nasib baik hidup…then aku teruskan pecut sampai la kawasan parking presint 11..

time tu parking pulak penuh..tinggal kat hujung sekali di bawah pokok kekabu…demm la….dah la tempat tu gelap…ikutkan hati mau jer aku parking keta tu betol-betol depan muka pintu bangunan tempat aku tinggal..tapi kan esok kena kunci pulak tayar kalau aku buat macam tu…

nak tak nak terpaksa la aku berani kan diri parking bawah pokok tu..siap parking aku tutup lampu dan matikan kaset ayat quran tu then terus buka pintu nak pecut lari ke bangunan tempat aku tinggal…

tapi lepas aku buka pintu dan ready nak pecut aku rasa macam satu lembaga hitam cuba halang aku keluar dari kereta…seoleh oleh dia tarik aku masuk kedalam kereta balik..masa tu aku dah nak nangis dah…rasa macam nak kencing jer dalam seluar….nak menjerit pun tak terkeluar suara ni..ketaq seluruh badan chek habaq hang…

dalam 30 saat aku bergelut dengan lembaga hitam tu baru la aku perasan yang lembaga hitam tu adalah seat belt..haram tol..takut punya pasal sampai lupa nak tanggalkan seat belt….

lepas tu aku cerita kat member aku…boleh pulak diorang gelak guling-guling kat aku…mau aku bagi pelempang sekoq sekoq time tu….

Nampak macam betul..., tapi tipu..



Papa memang minat sangat pada lukisan walaupun Papa ni bukanlah pandai melukis.. Tak kiralah lukisan apa sekalipun asalkan ianya cantik dan unik, mesti Papa akan admire punya..

Tapi sekarang ni Papa memang terpegun bila dorang hasilkan lukisan 3D Street Illusion ataupun Lukisan hidup di barat sana..

Memang mantap pelukis tu punya skill dan imaginasi.. Terbaekkk!! So.., jom kita relaks kan diri dengan lukisan2 3D Illusion ni... Bilalah agaknya lukisan jenis ni nak ada di Malaysia yee..?








Lembu pun dah pandai naik kereta..



Dah makin advance pencuri2 zaman sekarang ni ye.. Dulu mana pernah kita dengar pasal Polis mencuri lembu, tapi sekarang ni macam2 pulak yang terjadi..

Sebenarnya, bukan Polis betul yang curi tu.. Orang jahat yang menyamar jadi Polis laa..

Cerita dia macam ni..., bila Papa baca Metro semalam, ada cerita pasal penjahat2 yang menyamar jadi Pak Polisi semata2 nak curik lembu.. Tak boleh blah langsung strategi dorang kann..

Lembu yang dorang curik tu disumbat masuk di bahagian penumpang belakang kereta jenis Proton Perdana.. Muat jugak yee lembu kat bahagian belakang tu..

Papa agak.., mesti lembu baru nak besar ni.. Dalam kata lain.., lembu teruna.. Dan para penjahat tu dah berjaya ditangkap oleh Polis diatas kerja keji dorang.. Tahniah untuk encik Polis kita...

Jadi..., macam ni lah dunia sekarang. Bila dah nak dekat akhir zaman ni, macam2 perkara boleh berlaku.. Dulu orang je yang naik kereta.., sekarang ni lembu pun dah boleh naik Perdana...

Cerita seekor MILO..



Salam 2 All...

MILO tu sebenarnya adalah nama kepada anak kucing betina yang Papa dan Dekna jumpa dibelakang rumah seminggu lepas.. Entah sapa lah yang buang anak kucing disitu Papa pun tak tahu..

Disebabkan rasa kesian Papa dan desakan dari Dekna.., Papa pun setuju untuk adopt kan anak kucing tu di rumah Papa..

Korang mesti nak tahu apasal pulak nama dia MILO kann.. Sebenarnya petang-petang.., Papa ni suka tengok sinetron dari seberang yang bertajuk "Amanah Dalam Cinta" tu..




Jadi.., ada satu watak dalam sinetron tu namanya MILO.. Itulah datangnya idea untuk letak nama MILO tu pada anak kucing baru Papa..

Tapi, bela anak kucing ni bukannya mudah.., especially yang baru nak buka mata macam MILO tu.. Bayangkanlah.. susu dia kena beli yang Fresh Milk kotak tu.., pastu kena pulak suapkan 1-2 jam sekali..

Nasib baiklah satu family Papa ni bergotong royong bagi MILO tu makan.., kalau nak harapkan Papa sorang, ermm.., susah jugak lee...




So.., itulah cerita MILO.. Dah makin kuat dia sekarang berkat dari kesabaran Papa.. Cewahhh...

Apapun, kehadiran MILO kat rumah Papa ni telah berjaya membuatkan MONY jelous... Siapakah pulak si MONY tu..? MONY tu adalah kucing jantan tunggal Papa sebelum ni..