Tuesday 21 June 2011

MISTERI Lebuhraya KARAK..



Korang dah tengok ke belum filem KARAK arahan Yusri Abd Halim tu? Kalau belum, Papa sarankan supaya korang tengok movie tu.. memang berbaloi...

Apa yang Papa tau, movie ni dah dapat kutipan sebanyak RM 4.2Juta..  Kira mantaplah tu bagi sebuah filem bergenre seram di negara ni..

Bagi Papa, apa yang menarik pasal filem KARAK ni bukanlah hanya pada movie tu.., tapi sebenarnya pada mitos yang ada pada KARAK tu sendiri..

Papa dah banyak kali ulang alik di Lebuhraya KARAK.. Dan Alhamdulillah.., setakat ni Papa tetap maintain Macho pasal belum pernah kena "kacau" lagi...

So.., kat sini Papa nak kongsikan dengan korang pasal info KARAK Highway tu.. Sebenarnya Karak ada dua jalan.., satu jalan lama Karak(KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak(baru).


Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu, pasti Karak akan tersenarai. Malah di Karak ini lah merupakan tempat segala hantu…

Hampir 10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini dikatakan ada kat Karak.. Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak ialah...,

Langsuir
Budak Sekolah (merayau-rayau)
Wanita Tua
Bas Lama
Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
Pontianak
Hantu Pocong
Hantu yang Makan orang (Paling popular)
Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).


Dan dibawah ni adalah antara cerita paling popular yang dikatakan berlaku di sepanjang Lebuhraya tu..

1.Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.

Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..

4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5.mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….

Lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

Nasib baik SELUAR DALAM itu tidak di SAMUN..



SHAH ALAM: Akibat terlalu penat dan memberhentikan kereta di tepi jalan, seorang kontraktor bukan saja kerugian hampir RM100,000 apabila menjadi mangsa samun bersenjata, malah dibogelkan sebelum penyamun itu melarikan keretanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) itu, mangsa berusia 32 tahun berhenti berehat selepas memasuki Plaza Tol Setia Alam, di sini, sebelum merancang meneruskan pemanduan.

Difahamkan, ketika terlelap mangsa didatangi lelaki bersenjatakan parang yang memecahkan cermin kereta sebelum mengarahkan suspek berganjak ke bahagian sebelah penumpang.

Sumber berkata, suspek kemudian memandu Honda City milik mangsa dan diekori Toyota Vios berwarna hitam dipercayai dipandu rakan suspek.

“Sambil memandu ke Kuala Lumpur, suspek mengacukan parang dengan mengugut mangsa mengeluarkan semua barangan berharga termasuk melucutkan baju dan seluar.

“Mangsa yang masih terkejut mengikut semua arahan suspek berikutan takut diapa-apakan.

“Suspek meninggalkan mangsa keseorangan dalam keadaan bogel di Kilometer 7.1 NKVE sebelum melarikan diri menggunakan kereta mangsa,” katanya.

Sumber berkata, kereta yang dipercayai dipandu rakan suspek turut melarikan diri, namun mangsa gagal mengenal pasti nombor plat Toyota Vios itu.

Menurutnya, anggaran kerugian dialami mangsa hampir RM100,000 itu termasuk kenderaan, wang, dua telefon bimbit, jam tangan, kasut berjenama dan beberapa lagi barang berharga. - BH


Fuhh.., nasib baik lah tak disamunnya seluar dalam mangsa tu sekali.. Kalau tak, menyanyi lagu "pusara di lebuhraya" lah dia ye..

Tak patut sungguh para pencuri tu semua. Kenapalah nak dimalukan mangsa tu? Kan dia dah disamun.., jadi Papa rasa keterlaluan sangat lah bila dia di separuh bogelkan..

Inilah bahayanya kalau berhenti di tepi highway.. Tambah2 pukul 3 pagi macam kontraktor tu kan..

Itulah perlunya korang simpan nombor talipon pihak peronda Lebuhraya.. Apa2 jadi senang nak mintak bantuan..

Balasan PUISI dari seorang ISTERI...



Kalau tadi Papa kongsikan PUISI dari seorang suami yang gatal nak kawen lain.., sekarang ni Papa letakkan pula PUISI balasan dari isteri..

So.., kepada para suami yang teringin sangat nak pasanng 2-3 tu kononnya nak ikut sunnah Nabi saw.., silalah berfikir 1000X dulu yee..

Bukan senang tau nak pasang banyak "cawangan" ni.. Tak percaya? Tak caya sudahh... Hehehehe..


Suamiku...,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII...

Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...

Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!

please lah....!!! jangan la nak berangan!!

PUISI dari Seorang SUAMI...



Papa nak kongsikan satu puisi lelaki Macho yang sesuai untuk para suami yang teringin nak memadukan isteri..

Ini adalah cara yang paling klasik untuk para lelaki menyatakan hasrat hati untuk "tambah cawangan" lain..

Walau macam manapun.., sebarang tindakan susulan yang bakal berlaku selepas puisi ni diluahkan.., Papa tak bertanggung jawab yee... Papa cuma kongsi cerita jee.. =)


Isteriku....,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.


Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...

Reti mengucap atau tak ni?



Papa yakin korang semua yang beragama Islam mesti tau apa tu mengucap/kalimah syahadah kannn? Kalau tak tau susahlahh..

Tapi tak cukup kalau sekadar tahu jee.., kena dijadikan amalan bukan setakat dalam sembahyang je tau..

Bukannya apa.., Papa terbaca satu cerita mengenai mengucap/syahadah ni.. Memang menarik dan sangat sarcastic..

So.., sambil relaks2 ni, jom kita baca sama2...



Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada.

Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap.

Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”

MORAL:
Biasakan mengucap dua kalimah syahadah, sekurang-kurangnya ketika solat.