Friday 24 June 2011

Wahhhh!!! 37 tahun tak mandi...



Dalam satu hari, berapa kali korang mandi? Papa tau.., ada yang mandi 4 kali sehari.., ada yang 3 kali.., ada yang 2 dan ada yang hanya sekali jee..

Jarang sangat nak jumpa orang yang tak mandi sehari suntuk ni ye tak..? Kalau ada pun, mesti baunya ya Allah... Mesti ashyemm...

So.., Papa nak kongsikan dengan korang semua kisah sebenar pasal seorang manusia yang tak pernah mandi selama 37 tahun!!

Boleh bayangkan tak macam mana keadaan bila tak mandi selama puluh2 tahun macam tu? Wahh... berkerak2 lah jawabnya... =)




*Mungkinkah lelaki ini manusia paling berbau di dunia? Encik Kailash Singh, 65, tidak pernah mandi dan memotong rambutnya yang sudah mencapai 6 kaki panjang sejak tahun 1974, sejurus selepas beliau berkahwin dengan isterinya Kalavati Devi, 60 tahun.

Apabila ditanya mengapa dia bertindak sedemikian, alasannya beliau amat percaya dengan nasihat seorang tok guru bahawa dia akan mendapat seorang anak lelaki bertuah sekiranya mengamalkan petua tidak mandi.




Encik Singh kini mempunyai 7 orang anak perempuan. Isterinya pernah mengugut tidak mahu tidur dengannya namun sia-sia saja kerana Encik Singh tetap bertegas dengan tindakannya itu.

Setiap hari Encik Singh menghabiskan hari-harinya dengan lembu peliharaannya alam cuaca sangat panas 47C. Namun dia hanya melakukan 'pembersihan' dengan 'mandi unggun api' pada setiap malam sambil menghisap marijuana, berdoa kepada Tuhan Hindu Siva dan menari di sekeliling unggun api.




'Beliau lebih rela mati daripada mandi dan hanya seorang anak lelaki boleh menukar fikirannya. Ia telah berlalu bertahun-tahun dan kini saya sudah biasa dengan keadaannya.

"Saya belum mempunyai anak lelaki, jadi saya tidak akan membersihkan diri lagi. Mungkin apabila saya dilahirkan semula barulah saya akan mandi," katanya.

Segmen BA: BILA SI SUAMI BERBLOG.. SI ISTERI ?


Ehem..,ehem.. Papa sebenarnya terlambat nampak Segmen Bro Ben Ashaari (BA) ni.. Tapi ok lah dari tak nampak langsung kannn.. Dan.., segmen ni pulak hanya untuk suami-suami macho saja.. Tu yang best tuu... Hehehe..

Untuk segmen ni, BA mintak "peserta" segmen ceritakan kehiduan seharian kann.. Jadi.., untuk penuhkan KPI segmen BA ni, macam ni cerita nya...

Papa ni tak ada masalah dengan masa sebab Papa "dah bersara" dari dunia punch kad.. So, Papa boleh luangkan masa dengan anak2 dan family 24/7..

Kecualilah kalau Papa ada assignment kat luar.. Termasuklah meeting tergempar 2-3 kali seminggu yang tak kira masa tu... Itu tak dapek den nak nolong lahhh...

Dan berblogging ni pulak.., boleh dikatakan Papa ada didepan PC atau Laptop sepanjang hari kecuali time makan ataupun tido.. Kadang2.., time kat luar pun still surfing guna TAB Papa..

Tapi Papa taklah fokuskan pada blog saja.., urusan kerja lebih perlu diutamakan ye tak?

Tentang waktu bersama Mama gojes tu pulak, Papa rasa tak ada masalah sebab Mama Gojes tu pun selalu sibuk dengan kerja dia.. Dan dia pun faham kerja Papa yang terpaksa jadikan PC dan Laptop ni sebagai "isteri kedua".. Wahhhh....

Anak-anak Papa?? Dorang memang best sebab dorang tau Papa dorang memang macho... Hehehehe..

Kesimpulannya, Papa  bersyukur sebab dapat family yang memahami apa saja yang Papa buat.. Dan Papa sangat bertuah kerana family Papa ada bersama Papa setiap masa tak kira susah atau senang..

Soo.., itu je lahh... Kalau nak cerita semua, 3 hari 3 malam pun tak cukup.. Kita cerita lain kalau BA buat segmen baru pulak nanti ye.. Hehehehe... =)

Mitos, Ramalan atau Kebetulan..



Soal mistik, dongeng dan mitos memang tak boleh lari langsung dari kehidupan orang2 Melayu.. Dari zaman tok nenek moyang kita lagi, semua perkara kebetulan akan dianggap sebagai kepercayaan..

Papa yakin, korang mesti pernah dengar kaitan diantara sesuatu perkara dan juga kejadian yang berlaku lepas tu dalam budaya masyarakat kita.. Sebagai contoh, orang2 tua selalu kata, "jangan duduk atas bantal.., nanti tumbuh bisul"..

Bagi Papa, sebenarnya apa yang orang2 tua kita nak maksudkan ialah, bantal tu adalah tempat lapik kepala.., so tak molek lah kalau dibuat alas duduk..

Tapi yang jadi persoalannya, ada juga kejadian2 yang disebut sebagai tanda2 di badan ataupun disekeliling kita yang dikaitkan dengan ramalan pasal apa yang bakal berlaku..

Kira macam tengok hari mendung lah.., selalunya tu tandanya hari nak hujan..

Soo..., kat bawah ni Papa nak kongsikan "ramalan" orang2 tua kita dulu yang dipakai sampai sekarang.. Tapi nasihat Papa.., jangan percaya sangat takut2 nanti jadi khurafat pulak..

Setakat ambik tahu tu ok lah kann... =)


1. Kalau rama-rama masuk dalam rumah tandanya ada tetamu nak datang.

2. Kalau terdengar bunyi burung wak-wak berlarutan di sekitar kawasan kita.., ini bermakna ada orang yang akan meninggal di kawasan itu.

3. Jika kening kita rasa bergerak-gerak.., ini bermakna ada orang sedang merindui kita

4. Jika kita terpijak najis semasa nak keluar rumah.., ini bermakna ada perkara buruk yang akan berlaku.

5. Jika semasa hendak mengikat tali kasut dan semasa menarik terputus..., ada perkara buruk akan berlaku.

6. Kalau kita dalam perjalanan dan terlupa sesuatu.., jangan patah balik rumah sebab mungkin nanti ada aral dalam perjalanan.

7. Tatkala semasa berjalan dan tiba-tiba diberak burung...., ini bermakna kita akan mendapat keuntungan yang tidak diduga.

8. Jika terpakai baju terbalik... ni bermakna kita akan mendapat keuntungan yang tak disangka..

9. Jika mata kiri berdenyut2.., kita akan ada masalah dengan orang sekeliling.

10. Dan kalau mata kanan pula berdenyut2.., kita akan bertemu dengan orang jauh.


Wallahualam.

HARGAILAH seorang insan yang bergelar ISTERI...



Beruntung betul sesapa yang dah bergelar isteri.. Bagi yang belum tu, InsyaAllah.., satu hari nanti korang akan dapat title isteri jugak kann..

Papa harap sangat kepada semua para suami menghargai isteri masing2.. Baik secara terang2 ataupun secara diam2.. Macam mana nak hargai isteri secara diam2?

Tekadkan dalam hati bahawa hanya dia sorang saja yang korang akan hidup bersama sampai ajal memisahkan korang... Boleh?

So.., pagi ni Papa nak kongsikan bertapa berharganya seorang wanita yang bergelar isteri dalam kehidupan.. Kalau lelaki tahu kelebihan jadi wanita ni.., sure dorang jeles punya.. Tapi taklah sampai nak tukar jadi wanita pulak kann.. Setakat jeles je lahh.. =)


* Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang' manusia.. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak.. jangan takut "kendur" atau menggelebeh pulak..

Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak.... Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.., tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah suami.. "Offer" lah pada suami..

Nabi bersabda: berjimak dengan isteri itu pahala.., jangan buat deekkk jeee.. Jangan buat alasan itu dan ini pulak.... ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.., sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawa..

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.. Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita. Jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami..., seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah dan pergi berkerja.. Ganjaran Allah keatasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami.., dia tak akan dapat pahala extra ni.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.