Thursday 28 July 2011

Pasukan Harimau Malaya gila berFesbuk...


Apapun, Papa harap pasukan Malaysia mampu menang dalam perlawanan menentang Singapura..

Jangan hampakan harapan seluruh rakyat negara ni yang teringin sangat nak tengok Malaysia beraksi di Peringkat Akhir World Cup..

At least.., jangan biarkan pasukan dari Kota Singa tu musnahkan harapan kita... Go Malaysia!! Chaiyok!! Chaiyok!!!

Wednesday 27 July 2011

Lawatan kerja ke Indonesia.. part 1.

Selamat datang ke Jakarta..

Papa sebenarnya baru balik dari lawatan kerja ke Jakarta dan Bandung selama 4 hari 3 malam.. Sambil-sambil sibuk bermesyuarat di sebelah malam, Papa tak lepaskan peluang meronda-ronda dan bershopping untuk family..

Memang patutlah dorang gelarkan disini sebagai syurga membeli belah.. Banyak banget pilihan yang boleh dipilih..

Bagi sesapa yang tak pernah datang sini.., cubalah try.. Mesti berbaloi.. Tapi siapkan ongkos secukupnya yee.. Kalau setakat plan nak bawa RM 1-2 ribu tu.., Papa rasa tak cukup kot..

Yang paling penting.., senyuman anak dara Sunda memang bisa buat lelaki hilang pertimbangan... (rasa macam nak bawak balik sorang jee...)

Tugu unik di Lapangan terbang Soekarno Hata

Unik kan...

Ni menara kawalan lapangan terbang...

Sekali tengok macam lampu suluh pulak... =)

Garuda Airlines... Pramugari dia cantik2 belaka..

Kedai bebas cukai..

Tugu Soekarno Hata di pintu masuk Jakarta..

Jalan di Jakarta tetap sibuk..

Pak Polisi disini pakai kereta Proton Persona..

Tol yang sentiasa sibuk 24 jam..

Besar Billboard nih.. dari jauh dah boleh nampak..

Bendera Partai Demokrat..

Penghujung lingkaran keluar dari Kota Jakarta.. Kurang sibuk disini..

Ni tugu Partai Golkar.. Golkar adalah singkatan dari Golongan Karya..

Mesyuarat ringkas setibanya di Kota Bandung..

Warung Tekko ni memang famous dengan hidangan Sapi penyet.. Memang sedappp...

Gambar depan tempat penginapan di Bandung..

Kalau ke Bandung, wajib berkunjung ke Pasar Baru..

Macam2 ada kat sini..

Kalau bawak family, jaga2 takut sesat sebab tempat ni memang luas...

Orang pompuan mesti juling bijik mata bila shopping kat sini..

Bukan setakat kain batik.., telekung, tudung, kain sutera semuanya ada..

Papa pun sesat 3 kali disini.. Nasib baik ada cewek sunda yang tunjukkan jalan..

Disini pulak adalah kawasan yang dinamakan Chempelas..

Kat sini pun tempat orang shopping jugak..

Bukan setakat dalam bangunan lot kedai.., kat luar pun banyak jualannya...

Makanan pun banyak dijual.., tapi Papa tak berani makan.. Takut tak halal..

Kalau penat jalan, singgah je beli air es yang dijual kat tepi2 tu.. 5000 rupiah satu botol..

Buah pun banyak.. Buah salak dorang memang besar.. Dan jangan lupa beli buah avacado.. Kat sini dorang panggil buah aplikot..

Ni penghujung pusat shopping.. Jauh jugak kalau nak jalan kaki sampai sini..

Kalau rasa malas berjalan, bolehlah naik beca.. Tapi Papa nasihatkan tak payah je lah.. Sebab jalan kat sini manjang jem..


Jadi.., ini baru part 1.. Nanti Papa uploadkan gambar untuk part ke 2 pulak yee.. Gambar ke kawah gunung berapi di Tangkuban Perahu..

To be continued..

Thursday 21 July 2011

Bangkai Raksasa Laut ditemui di Pantai...


Pasangan Margaret dan Nick Flippence terkejut apabila mereka menemui bangkai reput "raksasa laut" ketika berjalan-jalan sekitar pantai di Bridge of Don, Aberdeen.

"Kami terkejut," kata Flippence.

"Oh Tuhanku, apakah haiwan ini?" ungkap Flippence ketika menemui bangkai tersebut.

"Bangkai ini tidak seperti haiwan lain, hampir kelihatan seperti haiwan prasejarah," katanya kepada The Sun.


Namun jurucakap Muzium Natural History berkata, "Kami telah bercakap dengan salah seorang kurator mamalia dan dia berpendapat bahawa haiwan itu mungkin ikan paus daripada jenis killer whale atau pilot whale.



P/s: Sekali pandang, tak nampak pun seperti ikan paus... Kalau macam ikan Barracuda tu ada laa..

p/s2: Lama Papa tak update sebab sibuk dengan urusan kerja.. InsyaAllah akan mula update balik lepas ni...

Monday 4 July 2011

Gua Tercantik dalam Dunia...

Gua Niah di Sarawak

Papa yakin, korang tentu dah banyak melawat tempat2 menarik dalam Malaysia ni termasuklah gua-gua yang cantik dan menjadi tarikan pelancong..

Sepanjang hidup Papa setakat ni, hanya 3 buah gua yang Papa pernah masuk.. Gua Niah di Sarawak.., Gua Kelam di Perlis dan juga Gua Musang di Kelantan..

Antara semua, Gua Niah lah yang paling best dan cantik sebab ada burung Walid..

Hari ni Papa nak kongsikan gambar2 Gua yang tercantik di luar negara.. Jom kita relaks sambil menikmati keindahannya yee...




1.Tasik Gua Lechuguilla, New Mexico, USA

2.Tasik Cheddar Gorge, Great Britain

3.Tasik Bawah Tanah Guilin, China

 4.Danau Gua Mellisani, Geneva

5.Tasik Hamilton, Texas

6.Tasik Gua Banff, Canada

7.Tasik Luray Caverns, Virginia

8.Tasik Yucatan, Mexico

Friday 1 July 2011

Pengorbanan besar dari seorang ibu..

Eva Ottoson


STOCKHOLM - Seorang ibu berusia 56 tahun di Sweden, Eva Ottoson bakal menjadi wanita pertama di dunia yang menjalani pembedahan pemindahan rahim untuk diberikan kepada anak perempuannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu berharap anak perempuannya, Sara Ottoson, 25 yang dilahirkan tanpa organ reproduksi dapat hamil dengan menggunakan rahim ibunya.

"Saya seorang guru biologi dan tiada masalah menerima hakikat bahawa saya akan mengandungkan anak dengan menggunakan rahim sama yang pernah saya diami," kata Sara.

"Saya lebih memikirkan tentang ibu saya yang akan menjalani pembedahan yang serius," tambahnya.

Pasangan anak beranak itu dilaporkan akan menjalani pembedahan tersebut di Hospital Universiti Sahlgrenska, Sweden pada musim bunga tahun depan.

Sekiranya pembedahan itu berjaya, Sara dibenarkan untuk mengandung dengan menggunakan kaedah permanian berhadas selepas setahun. - Agensi



Papa kata: Itulah kasih sayang seorang ibu yang tiada tandingnnya dan sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknya yang tersayang......semoga menjadi contoh kepada ibu2 diluar sana.