Friday, 24 June 2011

HARGAILAH seorang insan yang bergelar ISTERI...



Beruntung betul sesapa yang dah bergelar isteri.. Bagi yang belum tu, InsyaAllah.., satu hari nanti korang akan dapat title isteri jugak kann..

Papa harap sangat kepada semua para suami menghargai isteri masing2.. Baik secara terang2 ataupun secara diam2.. Macam mana nak hargai isteri secara diam2?

Tekadkan dalam hati bahawa hanya dia sorang saja yang korang akan hidup bersama sampai ajal memisahkan korang... Boleh?

So.., pagi ni Papa nak kongsikan bertapa berharganya seorang wanita yang bergelar isteri dalam kehidupan.. Kalau lelaki tahu kelebihan jadi wanita ni.., sure dorang jeles punya.. Tapi taklah sampai nak tukar jadi wanita pulak kann.. Setakat jeles je lahh.. =)


* Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang' manusia.. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak.. jangan takut "kendur" atau menggelebeh pulak..

Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak.... Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.., tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah suami.. "Offer" lah pada suami..

Nabi bersabda: berjimak dengan isteri itu pahala.., jangan buat deekkk jeee.. Jangan buat alasan itu dan ini pulak.... ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.., sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawa..

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.. Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita. Jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami..., seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah dan pergi berkerja.. Ganjaran Allah keatasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami.., dia tak akan dapat pahala extra ni.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

6 comments:

  1. suka dengan informasi nie...

    buat tmabh ilmu adah sebelum bergelar isteri dan juga ibu kelak...^_^.

    ReplyDelete
  2. thanx sudi share informasi ni..

    jemput join segmen simple saya..

    SEGMEN SIMPLE : SAMBUNG CERITA INI ...

    ReplyDelete
  3. mekasih ye utk info ini... papa mmg macho... :)

    ReplyDelete
  4. Papa doakan adah nanti jadi isteri dan ibu yang baik serta comel yee.. Aminnn...

    ReplyDelete
  5. @Hajar. Sama2 lah kita yee..

    ReplyDelete
  6. :)
    standby utk jadi isteri yg solehah

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen korang yee...