Friday, 24 June 2011

Mitos, Ramalan atau Kebetulan..



Soal mistik, dongeng dan mitos memang tak boleh lari langsung dari kehidupan orang2 Melayu.. Dari zaman tok nenek moyang kita lagi, semua perkara kebetulan akan dianggap sebagai kepercayaan..

Papa yakin, korang mesti pernah dengar kaitan diantara sesuatu perkara dan juga kejadian yang berlaku lepas tu dalam budaya masyarakat kita.. Sebagai contoh, orang2 tua selalu kata, "jangan duduk atas bantal.., nanti tumbuh bisul"..

Bagi Papa, sebenarnya apa yang orang2 tua kita nak maksudkan ialah, bantal tu adalah tempat lapik kepala.., so tak molek lah kalau dibuat alas duduk..

Tapi yang jadi persoalannya, ada juga kejadian2 yang disebut sebagai tanda2 di badan ataupun disekeliling kita yang dikaitkan dengan ramalan pasal apa yang bakal berlaku..

Kira macam tengok hari mendung lah.., selalunya tu tandanya hari nak hujan..

Soo..., kat bawah ni Papa nak kongsikan "ramalan" orang2 tua kita dulu yang dipakai sampai sekarang.. Tapi nasihat Papa.., jangan percaya sangat takut2 nanti jadi khurafat pulak..

Setakat ambik tahu tu ok lah kann... =)


1. Kalau rama-rama masuk dalam rumah tandanya ada tetamu nak datang.

2. Kalau terdengar bunyi burung wak-wak berlarutan di sekitar kawasan kita.., ini bermakna ada orang yang akan meninggal di kawasan itu.

3. Jika kening kita rasa bergerak-gerak.., ini bermakna ada orang sedang merindui kita

4. Jika kita terpijak najis semasa nak keluar rumah.., ini bermakna ada perkara buruk yang akan berlaku.

5. Jika semasa hendak mengikat tali kasut dan semasa menarik terputus..., ada perkara buruk akan berlaku.

6. Kalau kita dalam perjalanan dan terlupa sesuatu.., jangan patah balik rumah sebab mungkin nanti ada aral dalam perjalanan.

7. Tatkala semasa berjalan dan tiba-tiba diberak burung...., ini bermakna kita akan mendapat keuntungan yang tidak diduga.

8. Jika terpakai baju terbalik... ni bermakna kita akan mendapat keuntungan yang tak disangka..

9. Jika mata kiri berdenyut2.., kita akan ada masalah dengan orang sekeliling.

10. Dan kalau mata kanan pula berdenyut2.., kita akan bertemu dengan orang jauh.


Wallahualam.

5 comments:

  1. ade yg penah dengar n ade yg tak penah dengar.. yang mate bgerak2 tu selalu dgr ade petande, tapi tak penah tahu petande ape.. akhirnyer hari ni baru tahu.. tq.. :)

    GAME KITA TIME KECIK-KECIK!

    ReplyDelete
  2. penah dengar, penah dengar..... kadang2 pecaya, kadang2 x pecaya..

    ReplyDelete
  3. @Farah. Baguslah kalau tahu.., nanti Papa cerita pasal maksud mimpi pulak yee.. =)

    @maszmadi. Jangan percaya sangat.., tak baik untuk kesihatan.. =P

    ReplyDelete
  4. kalu saya mata blah kiri kelip2-nak jumpe org
    sblah kanan -brita sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. biawak melintas dlm perjalanan-ada halangan di hadapan cth kemalangan/roadblock dll

      tangan kanan gatal--nak dppt duit/ada org nak blanje saya makan or org byr hutang

      tangan kiri-- nak kuar duitt byr hutang dll heee

      sume ni kebetulan saje

      Delete

Terima Kasih atas komen korang yee...