Tuesday 28 June 2011

Wardina nafi terlibat dengan mana2 Pertubuhan Haram.



PETALING JAYA 28 Jun - Pengacara Wardina Safiyyah,32, amat kecewa apabila dikaitkan terlibat dengan pertubuhan politik termasuklah menyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Wardina berkata, imejnya tercemar apabila terdapat blog-blog tertentu yang mendakwa dia menyokong gerakan berkenaan sehingga menjejaskan reputasinya apabila banyak pihak yang mempersoalkan perbuatannya itu.

“Saya amat kecewa. Saya tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan haram. Ini semua salah faham pihak-pihak tertentu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Sehubungan itu jelas Wardina dia akan mengadakan sidang media tergempar, Rabu (esok) di Kelab Darul Ehsan, Ampang dekat sini pukul 9 pagi bagi menjelaskan pendiriannya berhubung tuduhan itu.

“Esok saya akan terangkan kepada pihak media mengenai dakwaan yang diperkatakan kepada saya,” ujarnya.

Jelas Wardina, selama ini dia banyak keluar masuk institusi pengajian tinggi tempatan untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada para pelajar agar menjadi individu yang berguna sebaliknya tindakannya itu cuba dimanipulasikan.

“Apabila orang memberi reaksi yang buruk kepada saya, saya perlu menjelaskannya. Kerana perkara ini benar-benar mencemarkan nama baik saya,” katanya. -KLPos



Papa Kata: Kesian kat Wardina ni ye.. Kalau betul dia promote BERSIH 2.0 tu, Papa rasa kecewa juga lah. (KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya..)

Patutnya artis tak payah libatkan diri secara langsung dengan politik. Banyak negatif dari positif yang jadi nanti.

Apapun, Papa harap ini dapat dijadikan pengajaran untuk Wardina. Bak kata orang tua2, "kalau takut dilambung ombak.., jangan buat rumah tepi pantai.." =)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen korang yee...