Pagi-pagi ni Papa nak share info yang Papa dapat dari email. Info yang Papa dapat ni adalah sangat menarik untuk dikongsikan bersama korang...
Bentuknya sederhana, namun jemaahnya datang dari segenap penjuru desa sebelum waktu solat masuk. Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu “Shanke Yadem” ( bermaksud “ Anggap Saja Sudah Makan”). Sangat aneh bukan? Di sebalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut, ada cerita yang sangat menarik dan mengandung pelajaran yang sangat berharga bagi kita.
Ceritanya begini :
Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir kota Istanbul tinggal seorang yang warak dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar beliau tidak membeli apa-apa. Jika dia merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, dia akan berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem”
Apa yang dia lakukan setelah itu? wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak tabung. Begitulah yang dilakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali hanya untuk menjaga kelangsungan hidupnya sahaja.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya untuk membangunkan sebuah masjid.
Tanpa terasa perit, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab. Oh ya, masjid ini juga tidak mempunyai bumbung dan permaidani
Akhirnya, Khairuddin berjaya merialisasikan cita-citanya yang amat mulia itu dan masyarakat di sekitarnya pun kehairanan, jika Khairudin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iaitu membangunkan sebuah masjid dan kahirnya berjaya.
Todak banyak orang yang menyangka bahawa Khairuddin seorang yang luar biasa dan orang yang kaya yang lain tidak dapat berbuat kebaikan seperti Khairudin Afandi. Setelah penduduk desa mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, mereka pun sepakat memberi nama masjid itu dengan nama : "Shanke yadem" (Anggap Saja Saya Sudah Makan)
**mampukah kita berbuat segalanya seperti yang dilakukan oleh Khairuddin Afandi? semoga beliau dirahmati Allah dan dibalas dengan istana syurga..
Dah pernah baca kat blog Ekspresi Ruang. :-)
ReplyDeleteEntri terbaru: (18SX) Logorithm's Wordless Wednesday #3