Thursday, 23 June 2011

Bukan senang kalau wanita nak berkerja...



Selalunya, bab adab bekerja ni membuatkan prinsip ramai lelaki tergelincir. Dan bab syarat-syarat yang perlu wanita ikut tu banyak yang tak diambil tahu..

Nak jaga aurat tu yang susah.., dalam agama pun banyak diperkatakan pasal aurat wanita di mata umum ni kann...

Jadi, sambil relaks2 pagi ni.. Papa nak kongsikan sikit pasal KPI yang wanita perlu jaga kalau dorang nak pergi berkerja... Ini bukan perkara main2 sebab ada dah digariskan dalam agama...


1. Wanita.., boleh diharuskan bekerja apabila,

a. kematian suami... bukan sebab takut suami mati
b. memberi bantuan dekat mak ayah isteri kalau suami tak mampu tolong2 hulur
c. membantu perniagaan suami
d. mempunyai kepakaran yang diperlukan.. cth.., doktor.

Dalam Islam tak dibenarkan sebenarnya perempuan dirawat oleh lelaki dan sebaliknya. Sambut anak bersalin pun sepatutnya doktor perempuan.

2. Kerja yang dilakukan mesti bersesuaian dengan fitrah wanita...seperti guru, jururawat, doktor, tukang masak dan lain-lain.

Walau bagai manapun.., pelacur bukannya pekerjaan yang mengikut fitrah wanita ye...

3. Wajib menutup aurat ketika bekerja.. Jadi pekerjaan sebagai model bikini adalah tidak dibenarkan. Jangan lupa, suara wanita juga aurat.., jadi...penyanyi adalah tidak dibenarkan sama sekali. Ni yang orang ramai nak sangat sekarang ni.., suka anak jadi artis.

4. Pekerjaannya tidak boleh menimbulkan fitnah antara lelaki dan wanita. Kerjanya juga tidak boleh melibatkan pergaulan lelaki dan wanita yang bebas.

Papa pernah dengar ada satu cerita... Ada 2 orang ofismate.., sorang suami orang dan sorang isteri orang telah tidur sebilik sebab ofis booking satu bilik saja masa kena hantar pergi berkursus. Susah nak jawab tu kalau pencegah maksiat serbu..

5. Wajib mendapat izin suami(bagi yang dah bersuami)..

6. Mesti memastikan tanggungjawab terhadap anak dan suami tidak terabai atau diganggu. Mesti berhenti apabila pekerjaan sudah mengganggu tugas menjaga suami dan anak-anak.

7. Niat perlu betul untuk membantu suami/keluarga.. Bukan untuk memuaskan nafsu membeli belah (Papa tak kata semua ye.. siapa terasa, nasib la sebab benda ni terkena pada dia)

8. Perlu menjaga adab wanita/isteri semasa bekerja iaitu;

a. Niat bukan untuk cantik dimata lelaki bukan mahram.
b. Tidak make up tebal-tebal.
c. Menjaga pandangan.
d. Wajib menutup aurat.
e. Tidak memakai perfume (ni yang paling ramai buat)
f. Tidak melembutkan suara apabila bercakap dengan lelaki bukan mahram.

So..., apa pun kerja kita kalau niat betul, bersih & ikhlas nak cari rezeki (bukan nak market diri), jaga tata tertib & maruah diri, be professional dan paling penting suami redha & dan izinkan.., takkan ada masalah kot.

Yang lelaki pun tolong la jangan galakkan pompuan2 yg suka marketkan diri (bujang atau yang dah kahwin) ni.

Kalau kedua laki & perempuan jaga adab bekerja masing2, respect each other, Papa yakin takkan ada masalah di tempat kerja. Yang penting sekali niat tu.. Kalau terkhilaf.., sendiri tanggung lah yee.. Wallahualam.

2 comments:

  1. salm singgah,

    misscha follow blog papa macho.. jemput folo misscha...

    http://misscha-cecite.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. OH TAK BOLEH EYH KERJA UTK PUASKAN NAFSU BELI BELAH.KIHKIH XD BARU TAU

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen korang yee...