Friday 24 June 2011

Wahhhh!!! 37 tahun tak mandi...



Dalam satu hari, berapa kali korang mandi? Papa tau.., ada yang mandi 4 kali sehari.., ada yang 3 kali.., ada yang 2 dan ada yang hanya sekali jee..

Jarang sangat nak jumpa orang yang tak mandi sehari suntuk ni ye tak..? Kalau ada pun, mesti baunya ya Allah... Mesti ashyemm...

So.., Papa nak kongsikan dengan korang semua kisah sebenar pasal seorang manusia yang tak pernah mandi selama 37 tahun!!

Boleh bayangkan tak macam mana keadaan bila tak mandi selama puluh2 tahun macam tu? Wahh... berkerak2 lah jawabnya... =)




*Mungkinkah lelaki ini manusia paling berbau di dunia? Encik Kailash Singh, 65, tidak pernah mandi dan memotong rambutnya yang sudah mencapai 6 kaki panjang sejak tahun 1974, sejurus selepas beliau berkahwin dengan isterinya Kalavati Devi, 60 tahun.

Apabila ditanya mengapa dia bertindak sedemikian, alasannya beliau amat percaya dengan nasihat seorang tok guru bahawa dia akan mendapat seorang anak lelaki bertuah sekiranya mengamalkan petua tidak mandi.




Encik Singh kini mempunyai 7 orang anak perempuan. Isterinya pernah mengugut tidak mahu tidur dengannya namun sia-sia saja kerana Encik Singh tetap bertegas dengan tindakannya itu.

Setiap hari Encik Singh menghabiskan hari-harinya dengan lembu peliharaannya alam cuaca sangat panas 47C. Namun dia hanya melakukan 'pembersihan' dengan 'mandi unggun api' pada setiap malam sambil menghisap marijuana, berdoa kepada Tuhan Hindu Siva dan menari di sekeliling unggun api.




'Beliau lebih rela mati daripada mandi dan hanya seorang anak lelaki boleh menukar fikirannya. Ia telah berlalu bertahun-tahun dan kini saya sudah biasa dengan keadaannya.

"Saya belum mempunyai anak lelaki, jadi saya tidak akan membersihkan diri lagi. Mungkin apabila saya dilahirkan semula barulah saya akan mandi," katanya.

6 comments:

  1. @アヌム ちゃん. Agaknya lahh.. Tak boleh Papa nak bayangkan... Huhuhu...

    ReplyDelete
  2. satu kepercayaan yang menyusahkan orang lain...nasib juga dia tidak gi tempat orang ramai...seperti dalam shopping komples, dewan dan seumpamanya...hehehe...kalau tak..pengsan orang dibuatnya

    ReplyDelete
  3. @Ums Niza. Cuba bayangkan kalau terperangkap dalam lif dgn orang macam ni.. Haruuu... =)

    ReplyDelete
  4. macam2 la orang ni kan...geli nya....x melekit ke badan.......

    ReplyDelete
  5. @blacksweet. Dorang dah biasa kot... =)

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen korang yee...